08 November, 2009

Lagi Tempat Nyanyi...

Malam minggu yang lepas, masa FG boring-boring duduk kat rumah sambil menonton Sehati Berdansa, tiba-tiba kawan FG call...

"Eh.. kau buat apa..?"
"Lepak kat umah... apsal..??"
"Jom... kita minum-minum....."
"Nak gi mana...?"
"Jomlah.. ikut ajer...."

So... FG ikut saja dia malam tu; beserta sorang lagi kawan...
Hmmm... rupanya dia bawak FG ke suatu tempat berdekatan dengan area rumah kami.. Di Stesyen perhentian LRT Bandar Tasik Selatan. Oooh.. rupa-rupanya ada tempat minum sekali kat sebelah tu...
dan nama nya... GOSSIP !!!
Mengapa ianya dinamakan GOSSIP... FG kurang pasti.. Tapi, ramai jugak yang berkunjung ke tempat tuh... Yelah.. Malam ni, perlawanan bolasepak akhir antara Kelantan dan Negeri Sembilan. So, penuhlah kiranya restoran yang biasanya akan menayangkan siaran langsung dari skrin besar mereka tu...

Dalam pada masa yang sama... ada acara karaoke atas pentas kat situ.. WAhhhh.. maka abang-abang dan kakak-kakak yang nak berbakat terpendam tuh, maka apa lagi... beranilah ke atas pentas...
Makanan yang disediakan pelbagai.. Ada masakan siam, ada western, ada melayu...

INilah screen besar yang di sebelah kanan. Harap gambar ajer.. sebab abang-abang dan kakak-kakak yang men-sumbang-kan suara kat atas pentas tu lebih kuat dari speaker skrin ini.

Dengarnya, GOSSIP ni tutup hingga jam 6 pagi... Aduh, FG tak larat. Dalam pukul 1 macam tu, FG dan kawan-kawan balik. Mengantuk babe !!!

31 October, 2009

Selamat UlangTahun....

28 September, 2009

Teratak Ayahanda - Raya 2009

17 September, 2009

Selamat Hari Lebaran '09

Andaikata ada yang tersinggung,
Andaikata ada yang terasa hati,
Andaikata ada yang tergusar perasaan,
Andaikata ada yang terhiris rasa,
Andaikata ada yang tersakit hati,
Andaikata ada janji yang tidak ditepati,
Andaikata ada yang memendam perasaan,

Semua itu samada secara sengaja atau tidak, FG memohon maaf di hari raya yang mulia ini; kerana di hati FG tiada siapa yang dibenci... :)

Semoga semuanya bergembira di hari raya kali ini....

Assalamualaikum.

14 September, 2009

Berbuka Puasa di Nasi Beriyani Mak Tim

Kali ini, moh kita ke restoran yang menyajikan makanan-makanan dari warisan masakan johor. Hari itu, mereka berpakat bersetuju untuk "Pilih ajer la mana nak pegi, saya ikut ajer..."


So, FG decide untuk berbuka puasa di Mak Tim, Restoran bagi mereka yang favourite dengan masakan johor. Restoran ini direkomenkan oleh seorang Colonel semasa FG bertemu dengan dia ketika berbuka puasa tahun sudah di Hotel Corus. FG kata, "susah la nak dapat rasa mee rebus johor yang betul2 kaww...". Dia kata... "Pi lah kat Restoran Mak Tim... kat Keramat AU2"

So, di restoran ini menyajikan pelbagai masakan johor dari Briyani Gam, Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Bandung Muar, Tahu Bakar, Lontong dan pelbagai lagi...



Jangan lupa.. Murtabak Singapore pun ada....



Makanan yang order sudah pun sampai. Yang anda lihat ni Briyani dengan lauk kari kambing.


Kenapa muka Syed dan Ilham ni tension semacam... Sabar bang, waktu berbuka sekejap lagi ya..?


Kurma yang disediakan bagi pembuka juadah berbuka..


Landskap yang terdapat diluar restoran.


Hmmm... cantik juga.


Jika ingin tahu, Restoran Mak Tim terletak di AU2 Keramat... betul-betul di simpang bulatan Keramat AU2. Berhadapan dengan restoran ini kelihatan kilang Glaxo Smith Kline.
Nak menikmati rasa makanan johor, sila lah ke Mak Tim ! Pastinya, FG dan kawan-kawan selalu ke sini juga.

11 September, 2009

Cepat benar masa berlalu...


Pejam celik pejam celik... kita cuma tinggal satu minggu sahaja untuk berpuasa... Hmm, tanpa disedari masa begitu pantas berlari....

07 September, 2009

Undangan dari Syed Mahadi

Pagi itu....

"Bro... hari ni kau berbuka kat mana...?"
Aku : "Hmm.. not sure lah. Ingat nak lepak kat rumah ajer. Boleh relax-relax sikit..."
SM : "Eh, jomlah. Berbuka kat rumah kitorang. Aku tak ramai hari ni. Kita-kita ajer nak?"
Aku : "Sounds interesting. Nanti kita confirm lepas rehat nanti.. kau tau ajerlah aku ni, mana taw last-last minute ada urgent call..."
SM : "Ok bro.... Nanti aku bagi tau orang rumah aku !!"


Maka petang itu jugak, Muzlina (isterinya, yang mana kawan kami semasa belajar dulu jugak, call FG)... "Eh, awak jadi kan berbuka dengan kami...??"
Aku : "Ok ok... confirm !!"

So, petang itu maka terhidangla beberapa juadah di atas meja yang sebelum waktu berbuka begitu mengghairahkan selera..... Antaranya... kari ikan merah...

Ayam masak merah....


Tandoori chicken yang Syed Mahadi agaknya tahu favourite aku... warna nya pun MERAH !! So, semasa di ITM dulu, aku memanggil Syed ni dengan Syed Merah !! Jgn marah bro,... gurau je !


Dan ikan keli favourite kami berdua.. banyak betul ikan keli pada berbuka puasa petang tu. Peliknya, Muzlina tak makan ikan keli ini,... katanya macam kepala ular... Ishh, potong selera betul Muzz...


Kelihatan Syed Mahadi begitu sabar menunggu waktu berbuka sambil mengadap TV.
Thanks friend for the invitation !!